Wednesday, June 25, 2008

PETRONAS minyak PETRONAS

Komen terhadap:http://www.sakabangsa.blogspot.com/

PETRONAS atau apa di sebaliknya?
Kebelakangan ini, pembangkang dan di sambut oleh beberapa kerat pihak kerajaan melaungkan pasal PETRONAS. Isunya, dedah segala galanya. Telanjangkan PETRONAS. Aneh bila kita fikirkan akan tujuan sebenar suara2 tersebut. Mungkin mengalihkan perhatian terhadap kenaikan minyak? Kerajaan yang menetapkan harga minyak dan bukan PETRONAS.

Ketuk Dahi, Rasa Sendiri

Pembangkang dan rakyat berhak menyoal dan mengetahui segala hal tentang Petronas kerana ia adalah syarikat milik Rakyat dan bukannya milik individu. Kenapa kerajaan berasa kurang selesa atas desakan rakyat erhadap Petronas?? Mesti ada sesuatu yang tidak betul antara Petronas dan Kerajaan BN/UMNO yang selama ini cukup selesa menerima wang royalti minyak.

Lebih dari 40% pendapatan negara datangnya dari PETRONAS sejak berpuluh tahun lalu. Semua wang royalti Petronas diuruskan sepenuhnya oleh kerajaan BN/UMNO dan tidak dinafikan Malaysia membangun hasil dari sumbangan tersebut. Namun timbul persoalan sejauh manakah ketelusan dan kecekapan kerajaan dalam menguruskan wang royalti daripada Petronas. Setelah 50 tahun BN/UMNO menguruskan wang royalti minyak dan jumlahnya sudah pasti mencecah ber-TRILLION ringgit tetapi rakyat Malaysia masih terus dibebani dengan pelbagai masalah terutamanya peningkatan kos hidup.

Rakyat sebenarnya bukan mempersoalkan tindakan Petronas tetapi rakyat mempersoalkan ketelusan kerajaan BN/UMNO. Rakyat ingin tahu kemana perginya wang royalti Petronas kerana saban hari rakyat terus ditekan dengan isu-isu seperti harga minyak naik, harga barang naik dan macam-macam lagi.

Memang benar Rakyat tidak semua akauntan, tidak semua berpendidikan tinggi, tidak semua tinggal di bandar2 besar dan tidak ramai memahami dunia perniagaan petroleum antarabangsa. Rakyat biasa memang tidak tahu menahu tentang perniagaan antarabangsa. Atas sebab itulah rakyat ingin Petronas dedahkan segala-galanya tentang operasi dan pendapatan sebenar Petronas. Setelah segala urusan Petronas didedahkan, rakyat akan tahu menilai pihak mana yang sebenarnya silap; samaada pengurusan Petronas atau Kerajaan BN/UMNO yang mengurus wang royalti. Rakyat perlu dan berhak disedarkan keadaan sebenar dan bukannya secara sembunyi dalam pengagihan wang royalti minyak.

Setelah 50 thn merdaka, jelas sekali kerajaan BN/UMNO gagal menguruskan royalti minyak Petronas. Negeri pengeluar minyak hanya diberi 5% daripada royalti minyak..adakah logik? Budak sekolah tadika pun boleh berfikir dan mengira; percaturan kerajaan BN/UMNO terlalu menindas dan tidak adil terhadap Negeri pengeluar minyak iaitu Terengganu, Sabah dan Sarawak. Kalau mengikut perkiraan matematik mudah seperti yang selalu dihebohkan oleh Menteri BN/UMNO;

Hanya 15% diberi kepada 3 buah negeri pengeluar minyak.
Setiap negeri memperolehi: 15/3 = 5%

Selebihnya 75% diurus oleh kerajaan Persekutuan BN/UMNO.
Terdapat 10+1 negeri dan wilayah yang diurus secara langsung oleh Kerajaan Persekutuan.
Ini bermaksud, kalau dibahagi sama rata, setiap negeri atau wilayah bukan pengeluar minyak akan menerima: 75/11 = 6.818%
* Kalau Kelantan tidak dimasukkan dalam perkiraan, peratusan semakin meningkat.

Nah, perkiraan diatas jelas menunjukkan kerajaan menzalimi negeri pengeluar minyak diMalaysia. Tidak hairanlah mengapa ketiga-tiga Negeri diatas terus dipinggirkan dan berada pada tahap kemiskinan paling tinggi di Malaysia. Royalti minyak terus menerus di salurkan secara tidak adil dan diberi kepada krono-kroni BN/UMNO. Duit yang sepatutnya rakyat dapat dibolot dan dilahap oleh kroni-kroni BN/UMNO yang sudah pastinya melibatkan unsur-unsur rasuah. Dan isu inilah yang cuba disembinyikan dan dielakkan oleh BN/UMNO daripada pengetahuan rakyat. Bukannya soal Pertronas, ini soal tindakkan Kerajaan BN/UMN sebagai pengurus duit Royalti rakyat.

Pendedahan Petronas tidak akan mengucar-kacirkan operasi syarikat tersebut, malah jauh sekali akan mendatangkan kerugiaan. Hanya apabila BN/UMNO campur tangan dalam urusan Petronas, syarikat minyak negara ini akan terus menerus dilanda krisis dan akan mengundang kerugian. Kesedaran dan teguran rakyat penting untuk meningkat kecekapan Petronas kerana diberi mandat oleh rakyat untuk menguruskan hasil bumi Malaysia.

Adakah ini bukan isu rakyat?

secawan kopi (c)

No comments: