Wednesday, June 25, 2008

Diskriminasi terhadap Wanita

1) Baru-baru ini heboh diperkatakan di bahawa Kerajaan Kelantan mewajibkan pekerja wanita Muslim MBKB mengenakan kod etika berpakaian secara Muslim. Tetapi timbul persoalan kenapa peraturan tersebut ditekankan khusus kepada wanita Muslim. SATU ketika dulu, ramai mengatakan memakai tudung itu hanyalah sunat muakad atau tidak wajib. Kalau tidak memakai tudung, hanya berdosa kecil. Kononnya sebaik saja mengambil wuduk untuk bersolat lima waktu, secara automatik dosa kita dibasuh dan terhapus .Di satu sudut lain, ada wanita Islam yang bertudung dan menyangkakan mereka sudah menutup aurat, tetapi masih mengenakan seluar jeans yang ketat, kemeja T menampakkan pakaian dalam atau yang hanya layak dipakai oleh adiknya berumur 10 tahun.Ada juga yang mengenakan tudung, tetapi memakai kain terbelah sehingga menampakkan peha, pakaian terbelah di dada, kemeja T berlengan pendek dan ada kalanya memakai skirt separas betis. Persoalannya apakah ciri pakaian menutup aurat bagi wanita Islam?

2)Dewan Pemuda PAS Selangor juga mengugut mengadakan perhimpunan membantah konsert Ratu Rock, Ella dan Ratu Dangdut, Mas Idayu jika kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap memorandum bantahan yang dihantar kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

3)Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyokong bantahan yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor terhadap penganjuran konsert dua penyanyi wanita tempatan, Ella dan Mas Idayu sempena perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor 6 Julai ini.

Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Bagaimana pula dengan aurat lelaki? Adakah dosa lelaki lebih kecil berbanding dosa wanita apabila lelaki tidak menutup aurat?

Adakah dua orang Mas Idayu & Ella tak boleh, manakala 22 Jantan Pakai Seluar Pendek (pemain bola sepak) di halalkan kerana berseluar pendek?

Bukankah lelaki juga diwajibkan menutup aurat? Jelaslah sekali pemikiran alim ulama ini terlalu sempit dan menindas wanita. Inikah keadilan yang diperjuangkan oleh ulama-ulama tersohor ?

Muslim Malaysia(60%) vs Muslim United Arab Emirates(99%) .



secawan kopi(c)

No comments: