2)Dewan Pemuda PAS Selangor juga mengugut mengadakan perhimpunan membantah konsert Ratu Rock, Ella dan Ratu Dangdut, Mas Idayu jika kerajaan negeri tidak mengambil tindakan terhadap memorandum bantahan yang dihantar kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
3)Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan menyokong bantahan yang dilakukan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor terhadap penganjuran konsert dua penyanyi wanita tempatan, Ella dan Mas Idayu sempena perlawanan bola sepak Piala Sultan Selangor 6 Julai ini.
Walaupun ulama berkompromi mengenai had aurat yang perlu ditutup oleh wanita, namun mereka bersepakat mengatakan hukum menutup aurat bagi setiap wanita Muslim yang baligh adalah wajib. Bagaimana pula dengan aurat lelaki? Adakah dosa lelaki lebih kecil berbanding dosa wanita apabila lelaki tidak menutup aurat?
Adakah dua orang Mas Idayu & Ella tak boleh, manakala 22 Jantan Pakai Seluar Pendek (pemain bola sepak) di halalkan kerana berseluar pendek?
Bukankah lelaki juga diwajibkan menutup aurat? Jelaslah sekali pemikiran alim ulama ini terlalu sempit dan menindas wanita. Inikah keadilan yang diperjuangkan oleh ulama-ulama tersohor ?
Muslim Malaysia(60%) vs Muslim United Arab Emirates(99%) .
secawan kopi(c)
No comments:
Post a Comment